Berapa Kos Website Design di Malaysia? (2026)

Kos website design Malaysia

Panduan Lesgo Media · 2026

  • RM1,500-RM3,500landing page ringkas
  • RM3,500-RM8,000business website 5-10 muka surat
  • RM300-RM800hosting dan maintenance setahun
Jawapan ringkas: Website design di Malaysia biasanya RM1,500 hingga RM3,500 untuk landing page ringkas, RM3,500 hingga RM8,000 untuk business website lengkap 5 hingga 10 muka surat, dan RM8,000 ke atas untuk build custom dengan fungsi khas. Yang tentukan harga bukan bilangan muka surat sahaja, tapi sama ada design custom atau template, dan berapa banyak integrasi yang kena bina. Tambah RM300 hingga RM800 setahun untuk hosting dan maintenance.

Minta quotation website dari lima tempat, kau akan dapat lima harga yang beza sampai sepuluh kali ganda. Satu orang cakap RM800. Satu lagi cakap RM12,000. Dua-dua pun tulis “website” dalam invoice.

Bezanya bukan pada perkataan tu. Bezanya pada skop, iaitu siapa tulis content, siapa buat design, berapa muka surat, dan apa yang jadi bila website tu rosak enam bulan lepas launch.

Artikel ni pecahkan harga ikut jenis website, tunjuk kos yang selalu tak masuk dalam quotation pertama, dan bagi kau cara semak quotation supaya kau tahu kau bandingkan benda yang sama.

Tiga benda yang tentukan kos website kau

Bilangan muka surat dan struktur. Landing page satu muka surat jauh lebih murah dari website korporat dengan sepuluh muka surat. Setiap muka surat tambahan bermakna layout baru, content baru, dan satu lagi benda yang kena test di mobile. Website lima muka surat bukan lima kali kerja landing page, tapi memang bukan kerja yang sama.

Custom design vs template. Template yang disesuaikan lebih jimat sebab struktur asas dah ada. Design 100 peratus custom dari Figma perlukan wireframe, mockup, dan developer bina dari kosong. Masa tu yang kau bayar, bukan fail design tu sendiri.

Fungsi khas. Booking system, calculator harga, member login, atau integrasi CRM naikkan kos sebab itu kerja development, bukan kerja design. Satu borang biasa mungkin dua jam. Satu booking system yang check slot kosong dan hantar reminder boleh jadi dua minggu.

Ringkasan

  • Muka surat tentukan volume kerja, bukan kesukaran kerja.
  • Custom design naikkan kos sebab masa designer, bukan sebab fail.
  • Setiap fungsi yang perlu logik di belakang layar adalah baris kos berasingan.
  • Kalau tiga benda ni tak ditulis dalam quotation, kau tak boleh bandingkan harga langsung.

Julat kos ikut jenis website

Ini julat yang kami nampak berulang untuk pasaran Malaysia. Angka ni kos development sekali bayar, belum kira hosting dan maintenance tahunan.

Jenis website Kos Sesuai untuk
Template siap pakai RM500 hingga RM800 Test idea, presence sementara
Landing page RM1,500 hingga RM3,500 Kempen ads, satu produk atau servis
Business website RM3,500 hingga RM8,000 SME, company profile lengkap 5 hingga 10 muka surat
Custom atau fungsi khas RM8,000 ke atas Booking system, member area, integrasi khas
RM1,500-RM3,500
landing page ringkas
RM3,500-RM8,000
business website 5-10 muka surat
RM300-RM800
hosting dan maintenance setahun

Kalau satu quotation duduk jauh di bawah julat ni untuk skop yang sama, biasanya ada sesuatu yang dibuang. Selalunya copywriting, testing mobile, atau support selepas launch. Tanya terus mana satu, jangan andai.

Template, custom design, atau DIY builder

Template yang disesuaikan paling jimat dan paling cepat siap. Sesuai untuk business yang perlukan online presence credible dalam masa singkat tanpa fungsi yang terlalu unik. Risikonya, design mungkin nampak biasa kalau tak di-customize betul-betul, dan struktur code kadang terhad bila kau nak buat perubahan besar dua tahun kemudian.

Design custom dari Figma bermula dari brand identity dan user journey business kau sendiri, bukan struktur sedia ada yang kena muat-muatkan. Sebab tu kos dan masa lebih tinggi. Berbaloi kalau brand kau perlukan differentiation kuat, atau ada fungsi yang template biasa memang tak boleh handle.

DIY builder seperti Wix atau Elementor tanpa agency paling murah dari segi duit tunai keluar. Kos sebenar dia masa kau. Ramai owner habis berjam-jam malam-malam struggle susun section, dan hasil akhir selalunya kurang kemas berbanding kerja orang yang buat benda ni setiap hari.

Cara paling senang nak putuskan: kira berapa nilai satu customer baru kepada kau. Kalau satu deal bernilai RM5,000, jimat RM2,000 pada website tapi lambat launch tiga bulan bukan penjimatan, itu kos yang kau bayar dalam bentuk lain.

Skop ikut saiz business

Startup atau business baru biasanya cukup dengan landing page atau website tiga hingga lima muka surat. Fokus pada dua benda sahaja, iaitu apa yang kau jual dan macam mana orang nak hubungi kau. Tak perlu semua fungsi canggih dari awal, lebih penting website tu live dan boleh terima enquiry.

SME yang dah established dengan pelbagai servis perlukan struktur lebih lengkap. Halaman servis berasingan, portfolio atau case study, dan blog untuk SEO jangka panjang. Di peringkat ni website bukan lagi brochure, dia jadi salah satu channel yang kena selaras dengan bajet marketing kau yang lain. Kalau kau tengah susun angka tu, panduan bajet digital marketing untuk SME bagi konteks berapa website patut ambil dari keseluruhan.

Business yang perlukan booking, member area, atau multi-language memerlukan sesi discovery sebelum quotation. Sesiapa yang bagi harga tepat untuk skop macam ni dalam masa lima minit sebenarnya sedang teka.

Satu perkara yang selalu dikelirukan, website yang jual produk terus dengan cart dan payment gateway bukan kategori yang sama. Itu ada lapisan kos sendiri, dan kami pecahkan berasingan dalam panduan kos website ecommerce.

Ada quotation website di tangan tapi tak pasti berbaloi?Hantar pada kami. Kami semak skop dan beritahu apa yang kurang sebelum kau sign. Percuma, tiada obligasi.

Book free consultation

Kos yang tak masuk dalam quotation pertama

Harga development adalah harga bina. Selepas tu ada kos berterusan yang ramai owner tak bajet, pastu terkejut bulan kelapan.

Hosting dan domain. Kira RM300 hingga RM800 setahun untuk business website biasa. Hosting murah RM100 setahun wujud, tapi kau akan rasa kesannya pada kelajuan loading, dan kelajuan tu pula jejaskan ranking dan conversion.

Copywriting. Ramai bagi content asal-asal, copy paste dari brochure lama sebab nak jimat. Design cantik dengan copy lemah tetap tak convert. Kalau kau tak boleh tulis sendiri, bajetkan untuk orang tulis.

Gambar dan visual. Stock photo generic senang dikesan pelanggan. Sesi photoshoot ringkas untuk team dan produk selalunya bagi pulangan lebih baik dari upgrade design.

Maintenance dan update. WordPress, plugin dan tema perlu update supaya tak kena hack. Ada agency masukkan dalam retainer, ada yang caj ad hoc. Tanya awal, jangan tunggu website down.

SEO selepas launch. Quotation website biasanya cover asas sahaja, iaitu meta title dan struktur heading. Kerja content dan backlink adalah servis berasingan dengan bajet sendiri, dan kau boleh tengok julatnya dalam panduan kos SEO di Malaysia.

Berapa lama nak siap, ikut jenis website

Timeline dan kos bergerak sama arah. Lagi banyak muka surat dan fungsi, lagi lama masa yang kena dibayar.

Landing page1 hingga 2 minggu
Business website 5-10 muka surat3 hingga 5 minggu
Custom dengan fungsi khas6 hingga 10 minggu

Yang selalu buat projek tergendala bukan pihak agency. Content. Website tiga minggu jadi tiga bulan sebab company profile tak siap ditulis dan gambar produk tak dihantar. Kalau kau nak projek jalan ikut jadual, siapkan content sebelum kerja design bermula.

Janji “siap dalam tiga hari” biasanya bermakna template generic tanpa customization. Boleh je, cuma pastikan kau tahu itu yang kau beli. Kami pecahkan setiap fasa dengan lebih terperinci dalam berapa lama nak siap website business.

Proses standard dari brief sampai launch

Bila kau tahu urutan kerja, kau boleh kesan bila satu quotation langkau langkah penting.

  1. Discovery dan sitemap. Tentukan objektif website, siapa audience, dan berapa muka surat sebenarnya perlu. Ini yang kunci harga akhir.
  2. Content dan copywriting. Kumpul teks, gambar dan logo. Kalau langkah ni tertangguh, semua langkah bawah tertangguh sama.
  3. Wireframe dan mockup. Susunan kandungan dulu, baru warna dan font. Kau approve draf di sini, bukan lepas website siap dibina.
  4. Development. Design ditukar jadi website sebenar, termasuk versi mobile dan borang yang betul-betul hantar email.
  5. Testing. Semak di telefon, tablet dan beberapa browser. Test kelajuan loading dan pastikan setiap link tak mati.
  6. Launch dan handover. Website naik, analytics dipasang, dan kau terima semua akses. Minta walkthrough ringkas cara update content sendiri.

Apa yang patut termasuk dalam quotation

Bandingkan quotation guna senarai ni, bukan guna harga sahaja. Dua quotation yang beza RM3,000 selalunya beza sebab lima perkara di bawah.

  • Design mockup sebelum development. Kau tengok draf awal, bukan terkejut di hujung projek.
  • Mobile responsive. Kebanyakan trafik business Malaysia datang dari telefon, jadi versi mobile bukan bonus.
  • Kelajuan loading. Minta mereka nyatakan sasaran Core Web Vitals, bukan sekadar cakap website laju.
  • Asas SEO. Meta title, struktur heading yang betul, dan sitemap dihantar ke Google dari hari pertama.
  • Bilangan revision. Berapa pusingan termasuk, dan berapa caj selepas tu.
  • Pemilikan akaun. Domain, hosting dan analytics mesti atas nama business kau.

Perkara terakhir tu paling kerap jadi masalah. Ada vendor pegang domain dan hosting atas nama sendiri, dan owner terperangkap bila nak tukar vendor. Pastikan term ni hitam putih dalam kontrak sebelum bayar deposit.

Kesilapan biasa bila bajet untuk website design

Fokus semata-mata pada cantik. Website yang menang award design tapi tiada call to action jelas jarang bawa enquiry. Ukur website dengan bilangan orang hubungi kau, bukan dengan pujian kawan.

Pilih harga paling murah tanpa kontrak. Bila website down atau kena hack tiga bulan lepas launch, tiada siapa bertanggungjawab kalau tiada perjanjian support dari awal.

Bayar penuh di depan. Struktur biasa adalah deposit, bayaran tengah selepas design diluluskan, dan baki masa handover. Ia lindung dua belah pihak.

Anggap launch adalah garisan penamat. Website tanpa trafik adalah brochure dalam laci. Bajetkan sekurang-kurangnya beberapa bulan SEO atau ads selepas launch, kalau tidak kau bayar untuk sesuatu yang tiada siapa jumpa.

Ringkasan bajet

  • Landing page RM1,500 hingga RM3,500, business website RM3,500 hingga RM8,000.
  • Custom dengan fungsi khas bermula RM8,000 ke atas.
  • Simpan RM300 hingga RM800 setahun untuk hosting dan maintenance.
  • Asingkan bajet untuk copywriting, gambar, dan trafik selepas launch.

Kalau kau nak tengok bagaimana kos website duduk bersama servis lain sebelum putuskan, senarai harga servis kami ada susunan penuhnya.

Nak tahu angka sebenar untuk business anda?

Hantar detail ringkas. Kami semak akaun atau website anda, pastu tunjuk di mana duit bocor dan apa langkah paling berbaloi seterusnya.

    Kami reply dalam satu hari bekerja. Percuma, tiada obligasi.

    Soalan lazim pasal kos website design

    Berapa kos website design untuk SME di Malaysia?

    Kasarnya RM3,500 hingga RM8,000 untuk business website lengkap lima hingga sepuluh muka surat. Kalau kau cuma perlukan satu muka surat untuk kempen ads, RM1,500 hingga RM3,500 sudah memadai. Harga naik melepasi RM8,000 bila ada fungsi khas seperti booking system atau member area yang perlu dibina dari kosong.

    Website murah RM500 hingga RM800 tu boleh guna ke?

    Boleh untuk permulaan, tapi tahu apa yang kau beli. Pada harga tu biasanya template generik tanpa customization, content kau tulis sendiri, dan support terhad selepas siap. Sesuai kalau kau nak test idea atau perlukan presence sementara. Kurang sesuai kalau website tu jadi first impression utama pelanggan pada business kau.

    Perlu ke bayar bulanan lepas website siap?

    Ada kos berterusan, cuma selalunya dikira tahunan. Hosting dan domain untuk business website biasa duduk sekitar RM300 hingga RM800 setahun. Maintenance seperti update WordPress dan plugin mungkin masuk dalam retainer agency atau dicaj ad hoc. Semua ni berasingan dari kos development yang kau bayar sekali di awal.

    Website design termasuk SEO ke?

    Selalunya hanya asas SEO, iaitu struktur heading yang betul, meta title, dan sitemap dihantar ke Google. SEO penuh yang melibatkan content berkala dan backlink adalah servis berasingan dengan bajet sendiri. Minta vendor nyatakan dengan jelas mana satu termasuk supaya kau tak andaikan ranking akan datang sendiri selepas launch.

    Website design atau website ecommerce, apa beza kos?

    Website design biasa fokus pada informasi dan lead generation, jadi kerjanya berhenti pada borang enquiry atau butang WhatsApp. Website ecommerce ada lapisan tambahan seperti payment gateway, pengurusan inventory, kos penghantaran dan halaman produk berskala. Lapisan tu naikkan kos development dan juga kos penyelenggaraan berterusan setiap bulan.

    Siapa yang patut punya akaun hosting dan domain lepas website siap?

    Business kau sendiri. Pastikan nama kau jadi pemilik dan admin untuk domain, hosting dan analytics dari hari pertama, walaupun vendor yang uruskan harian. Kalau vendor pegang akses ni atas nama mereka, kau terikat pada mereka selama-lamanya dan proses pindah nanti boleh jadi mahal serta lambat.

    Berapa pusingan revision yang normal dalam satu projek website?

    Dua hingga tiga pusingan pada peringkat design adalah biasa untuk projek SME. Yang penting bukan bilangan, tapi bila revision tu berlaku. Ubah susun atur masa mockup itu murah. Minta perubahan besar selepas development bermula itu mahal, sebab kerja yang dah siap kena buang dan bina semula.

    Kena bagi content sendiri atau agency yang tulis?

    Kebanyakan quotation dalam julat RM3,500 hingga RM8,000 andaikan kau bagi content. Kalau kau nak agency tulis copy dan susun struktur mesej, itu baris kos tambahan. Bagi kami ia berbaloi untuk halaman servis dan halaman utama, sebab dua halaman tu yang tentukan sama ada orang hubungi kau atau tutup tab.

    Berapa lama sebelum website perlu redesign?

    Tiga hingga lima tahun adalah kitaran biasa untuk business website. Yang lebih penting dari umur adalah tanda-tandanya, seperti loading lambat di telefon, enquiry menurun walaupun trafik sama, atau kau sendiri malu nak hantar link pada prospek. Kalau salah satu berlaku sebelum tiga tahun, jangan tunggu genap kitaran.

    Kesimpulan: berapa patut kau bajetkan untuk website

    Kalau kau nak satu angka untuk mula, ambil RM3,500 hingga RM8,000 untuk business website lengkap dan RM1,500 hingga RM3,500 kalau satu landing page sudah cukup buat masa ni. Tambah RM300 hingga RM800 setahun untuk hosting dan maintenance, dan asingkan sedikit lagi untuk copywriting serta gambar. Yang paling menentukan berbaloi atau tidak bukan harga yang kau bayar, tapi sama ada website tu benar-benar bawa enquiry masuk setiap bulan. Kalau kau nak kami semak struktur dan performance website sedia ada dulu, mula dengan free SEO audit atau terus hubungi team Lesgo Media untuk konsultasi percuma.

    Artikel ini sebahagian daripada panduan website & ecommerce. Lihat semua panduan digital marketing.


    Baca lagi

    Sumber rasmi

    Audit percuma, tiada obligasiKami semak, pastu tunjuk di mana duit bocor.
    Emel kami