Kos Digital Marketing di Malaysia
Harga sebenar untuk setiap servis digital marketing di Malaysia, dikumpul dalam satu jadual. Semua julat datang dari panduan kos kami sendiri, bukan anggaran.
Jawapan ringkas
Tak ada satu harga untuk "digital marketing". Yang ada adalah julat ikut servis. SEO duduk RM1,000 hingga RM8,000 sebulan. Social media management RM800 hingga RM7,000. Content marketing RM1,200 hingga RM12,000. Ad spend untuk Facebook, Google atau TikTok biasanya RM1,500 hingga RM6,000 sebulan, dan itu berasingan daripada fee orang yang uruskan. Website pula kerja sekali bayar, RM1,500 sampai RM20,000 ke atas. Jadual penuh di bawah.
Jadual kos digital marketing Malaysia 2026
Semua julat di bawah datang dari panduan kos kami sendiri untuk setiap servis, bukan anggaran umum. Klik mana-mana baris untuk baca pecahan penuh.
| Servis | Julat biasa di Malaysia | Jenis bayaran |
|---|---|---|
| SEO | RM1,000–RM2,500 skop asas · RM3,000–RM8,000 skop penuh · RM8,000+ enterprise | Retainer bulanan |
| Google Ads | Ad spend RM2,000–RM6,000 sebulan (RM30–RM80 sehari) | Ad spend + fee pengurusan |
| Facebook Ads | Ad spend RM1,500–RM5,000 sebulan (RM20–RM50 sehari). CPL biasa RM5–RM50 | Ad spend + fee pengurusan |
| TikTok Ads | Ad spend RM2,000–RM6,000 sebulan (RM30–RM50 sehari) | Ad spend + fee pengurusan |
| Instagram Ads | Ad spend RM1,000–RM3,000 + fee RM500–RM3,000 ke atas | Ad spend + fee pengurusan |
| Social media management | RM800–RM1,500 satu platform · RM1,500–RM3,500 dua hingga tiga platform · RM3,500–RM7,000 pakej penuh | Fee kerja sahaja |
| Content marketing | RM1,200–RM2,500 asas (4 artikel) · RM2,500–RM6,000 growth (8 artikel) · RM6,000–RM12,000 penuh | Retainer bulanan |
| Website design | RM1,500–RM3,500 landing page · RM3,500–RM8,000 business site 5–10 muka · RM8,000+ custom | Sekali bayar |
| Website ecommerce | RM4,000–RM8,000 kedai asas bawah 50 produk · RM8,000–RM20,000 sederhana · RM20,000+ custom | Sekali bayar |
| Maintenance website | Domain dan hosting RM300–RM800 setahun · RM800–RM2,000 setahun brochure site · RM2,500–RM6,000 lead-gen site | Tahunan |
| Design subscription | RM1,899 · RM2,799 · RM4,999 sebulan | Langganan bulanan |
| Retainer penuh Lesgo | RM3,000 satu channel · RM8,000 multi-channel · RM15,000 scale | Retainer bulanan |
Julat ni untuk pasaran Malaysia secara umum. Harga kami sendiri tersenarai terbuka di pricing page, bukan sorok belakang borang quote.
Dua nombor yang orang selalu campur
Ad spend adalah duit yang masuk ke Meta, Google atau TikTok. Ia keluar dari kad kau sendiri. Fee pengurusan adalah upah orang yang bina, pantau dan optimise campaign tu. Dua benda berasingan.
Bila satu agency bagi kau satu nombor bulat je dan tak pecahkan dua ni, margin dia jadi tak nampak. Tanya mana satu yang mana. Kalau dia berat nak jawab, itu dah jadi jawapan.
Fee pengurusan ads biasanya 15 hingga 20 peratus dari ad spend, atau fee rata, bergantung saiz bajet. Untuk bajet kecil, fee rata selalunya lebih adil pada kedua-dua pihak.
Lima benda yang ubah harga
Betapa competitive industri kau. Rank untuk term nasional perlukan lebih banyak content dan authority berbanding term satu bandar. CPC Google pun naik turun jauh ikut industri.
Dua bahasa atau satu. Kalau kau nak BM dan English, itu dua kali ganda kerja content. Ramai agency tak sebut ni masa quote.
Custom atau template. Untuk website, ini pembeza harga paling besar, bukan bilangan muka surat.
Berapa banyak integrasi. Payment gateway, courier, CRM, sistem stok. Setiap satu kerja tambahan.
Siapa buat kerja. Senior yang pegang akaun kau atau junior yang ikut checklist. Beza ni tak nampak dalam proposal, tapi nampak dalam hasil.
Berapa SME patut peruntukkan
Mula dengan satu channel dan buat betul-betul, bukan empat channel separuh jalan. Satu channel dengan bajet cukup mengalahkan empat channel yang kebuluran.
Bila jumlah belanja marketing bulanan kau dah lepas sekitar RM15,000 hingga RM20,000, biasanya lebih berbaloi bina team dalaman dan simpan agency untuk jurang pakar sahaja. Bawah tu, kos upah, urus dan ganti orang selalunya mengalahkan apa yang kau jimat.
Panduan bajet penuh: bajet digital marketing untuk SME dan the English pricing guide.
Tanda sebut harga yang bermasalah
Satu nombor bulat tanpa pecahan. Kau tak tahu berapa pergi ke platform dan berapa jadi margin.
Jaminan posisi atau jaminan jumlah lead. Tak ada sesiapa kawal Google. Jaminan macam tu sama ada term tu tak ada traffic, atau janji tu memang kosong.
Ad spend dibundle dalam retainer. Duit iklan kau patut keluar dari kad kau, bukan dipegang orang lain.
Kau tak dapat akses akaun sendiri. Google Ads, Search Console, analytics semua tu milik kau. Agency yang pegang tu lindung diri dia, bukan kau.
Harga jauh bawah julat pasaran. Kerja tu sama ada junior, offshore, atau memang tak jalan. Baca cara baca sebut harga SEO sebelum sign apa-apa.
Kalau bajet terhad, mana satu kau patut beli dulu
Ini soalan yang paling kerap ditanya dan paling jarang dijawab terus, sebab jawapannya menentukan sama ada agency dapat jual pakej penuh atau tidak. Jawapan jujurnya: jangan beli semua sekali. Beli ikut urutan.
Bawah RM2,000 sebulan
Pada bajet ni, pilih satu channel dan buat betul-betul. Kalau customer kau cari di Google sebelum beli, pilih SEO dan terima ia ambil 6-12 bulan. Kalau kau perlu lead bulan ni, pilih satu platform iklan sahaja — biasanya Facebook ads atau TikTok ads, bergantung di mana customer kau duduk. Bajet ni tak cukup untuk dua channel. Cuba buat dua, dua-dua gagal.
RM2,000 hingga RM5,000 sebulan
Sekarang baru masuk akal untuk gabung: satu channel iklan yang jalan, campur asas SEO atau content. Pada peringkat ni kebanyakan SME patut dah ada website yang berfungsi. Kalau belum, settle tu dulu — iklan yang hantar orang ke website rosak cuma bakar duit lebih laju. Lihat kos website design.
RM5,000 ke atas sebulan
Di sini baru berbaloi tambah lapisan: remarketing, social media management, content marketing, atau KOL dan influencer. Tambah lapisan sebelum lapisan bawah stabil adalah kesilapan paling mahal yang kami nampak berulang.
Satu peraturan yang jimat banyak duit: jangan tambah channel baru sampai channel sedia ada boleh kau jelaskan dalam nombor. Kalau kau tak boleh cakap berapa kos satu lead dari channel A, tambah channel B cuma buat kau tak faham dua benda, bukan satu.
Kos sekali bayar lawan kos yang datang setiap bulan
Quote selalu campur dua benda ni jadi satu nombor, dan di situlah owner terkejut bulan keenam. Pisahkan dulu sebelum banding apa-apa.
Sekali bayar: bina website, setup kedai online, setup akaun iklan, setup tracking dan analytics, reka logo atau asas brand.
Setiap bulan, selagi kau nak ia jalan: fee urus iklan, bajet iklan itu sendiri (ini bukan fee agency), retainer SEO atau content, social media management, dan maintenance website — yang ni paling kerap ditinggalkan dari quotation pertama. Versi English: website maintenance cost.
Bila kau kira kos setahun, campur yang sekali bayar dengan dua belas bulan kos berulang. Angka tu yang kau patut banding antara dua agency, bukan harga setup.
Cara banding dua sebut harga yang nampak jauh beza
Dua quote untuk kerja yang sama boleh beza tiga kali ganda. Selalunya bukan sebab satu menipu. Ia sebab dua-dua jual benda berbeza dan guna nama yang sama. Letak dua-dua sebelah-menyebelah dan tanya lima soalan ni:
1. Bajet iklan termasuk atau tidak? Kalau quote A RM5,000 termasuk RM3,000 ad spend dan quote B RM5,000 tak termasuk, quote B sebenarnya hampir dua kali ganda.
2. Berapa banyak kerja sebenar sebulan? Berapa artikel, berapa creative, berapa kali campaign disemak. “Pengurusan SEO” tanpa angka boleh bermaksud empat jam atau empat puluh jam.
3. Siapa buat kerja tu? Senior, junior, atau subkontrak keluar. Ini selalunya punca utama beza harga, dan jarang tertulis.
4. Akaun atas nama siapa? Google Ads, Meta Business, Search Console, analytics. Kalau bukan nama kau, kau sewa akses pada data kau sendiri.
5. Apa jadi kalau kau berhenti bulan keempat? Website, content dan akaun tu kekal dengan kau atau hilang? Jawapan pada soalan ni ubah nilai sebenar kedua-dua quote.
Soalan lazim pasal kos digital marketing di Malaysia
Berapa minimum realistik untuk mula?
Untuk satu channel iklan yang diurus betul, sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan termasuk bajet iklan. Bawah tu, data terlalu sedikit untuk platform belajar dan kau akan buat keputusan atas nombor yang tak bermakna. Untuk SEO, kos bulanan lebih rendah tapi komitmen masa lebih panjang.
Kenapa agency tak letak harga atas website?
Sebab harga boleh dilaraskan ikut siapa yang tanya. Itu bukan semestinya tipu, tapi ia bermakna kau tiada titik rujukan. Harga kami tersenarai terbuka di page pricing.
Berapa lama sebelum nampak hasil?
Iklan berbayar boleh bagi lead dalam minggu pertama, dan berhenti hari kau berhenti bayar. SEO ambil 4-8 bulan sebelum bermakna, dan kekal selepas tu. Sesiapa yang janji SEO page 1 dalam sebulan sedang jual sesuatu yang lain.
Patut upah agency, freelancer, atau staff sendiri?
Freelancer paling murah untuk satu kemahiran. Staff sendiri paling mahal tapi paling rapat dengan business. Agency di tengah, dan berbaloi bila kau perlu beberapa kemahiran serentak tapi tak cukup kerja untuk upah setiap satu sepenuh masa.
Kos iklan Instagram berbeza dengan Facebook?
Bajet iklan keluar dari sistem yang sama, tapi kos creative berbeza — Instagram lebih menuntut dari segi visual. Pecahan penuh ada dalam kos Instagram ads.
Apa bajet ni sebenarnya hasilkan
Julat harga di atas tak bermakna apa-apa tanpa hasil. Tiga kes di bawah guna angka sebenar dari Search Console client, CRM client, atau analitik kami — setiap page nyatakan yang mana. Nama syarikat tidak didedahkan.
Bajet SEO, pasaran kompetitif. Pengedar emas: 55 lawatan sebulan jadi 14,100, dan 99% daripadanya orang yang tak pernah cari nama brand tu. Baca kes penuh.
Bajet iklan plus pengurusan lead. Syarikat solar: belanja bulanan turun dari RM30,000 ke RM15,000 untuk jumlah lead yang sama, dan reply rate naik dari 1% ke 60%. Baca kes penuh.
Bajet content. Firma accounting: 73 klik sebulan jadi 966 dalam empat bulan, selepas 209 page baru dan 146 artikel lama dikemas kini. Baca kes penuh.
Kami tak janji hasil yang sama. Setiap kes ada bulan yang turun, dan page masing-masing tunjuk bulan tu juga.
Semua panduan kos
Iklan berbayar
Kos Google Ads · Kos Facebook Ads · Kos TikTok Ads · Kos Instagram Ads · Kos KOL dan influencer
SEO dan content
Kos SEO · Sebut harga SEO · SEO pricing (English) · SEO quotation (English) · Kos content marketing · Kos social media management
Website dan ecommerce
Kos website design · Kos website ecommerce · Kos maintenance website · Website maintenance cost (English) · Pakej web design
Keseluruhan
Kos digital marketing (asas) · Complete 2026 pricing guide (English) · Bajet digital marketing SME · Harga Lesgo
