Panduan Lesgo Media · 2026
- 3-6 bulansebelum ranking stabil
- 2.5ssasaran LCP mobile
- RM1,000-RM2,500skop SEO asas sebulan
Cuba taip nama produk kau sendiri dalam Google. Kalau kau macam kebanyakan kedai online Malaysia, page satu penuh Shopee, Lazada dan TikTok Shop, dan kedai kau sendiri duduk kat bawah, kalau ada pun.
SEO kedai tak sama dengan SEO website servis. Contractor ada sepuluh page, satu keyword satu page. Kedai pula ada satu URL untuk setiap SKU, beratus page yang hampir serupa sebab warna dan saiz, dan sistem filter yang senyap-senyap gandakan semua tu.
Artikel ni cerita apa yang berbeza bila kau nak rank sebuah kedai, dengan bahagian WooCommerce dan Shopify diasingkan di tempat yang memang lain.
Category page adalah aset ranking sebenar
Orang tak taip SKU-2214-BLK dalam Google. Dia taip “baju kurung moden”, “kerusi office murah”, “tudung bawal Malaysia”. Itu semua query kategori, dan page yang sepatutnya jawab adalah category atau collection page kau.
Kebanyakan kedai layan page tu sebagai grid semata. Title tag ulang nama kategori dalaman, tiada copy, tiada internal link. Yang tinggal untuk Google cuma gambar kecil dan harga.
Cara betulkan dia tak glamour langsung. Bagi setiap kategori komersial 250 hingga 500 patah perkataan, letak bawah grid supaya produk tak tertolak ke bawah skrin. Jawab apa yang pembeli nak tahu sebelum dia mula filter: saiz atau spec apa yang wujud, harga biasa duduk berapa, dan penghantaran ke Sabah Sarawak macam mana.
Apa yang category page perlu ada
- Title tag ikut frasa carian, bukan nama kategori dalaman
- 250 hingga 500 patah copy sebenar, diletak bawah grid
- Link keluar ke subkategori yang duduk bawah dia
- URL yang stabil dan tak berubah bila kau susun semula menu
Dalam WooCommerce, category description ada bawah Products, Categories, dan banyak theme cetak versi pendek je. Shopify pula ada field collection description secara default, tapi kebanyakan theme keluarkan dia atas grid dan dia terpotong. Periksa apa yang theme kau betul-betul render.
Product page bila kau cuma ada description dari supplier
Reseller dan dropshipper kena benda ni awal-awal. Supplier hantar spec sheet, kau paste, empat puluh kedai lain yang jual barang sama pun paste benda yang sama. Google sekarang ada empat puluh page dengan body copy serupa, dan dia takkan pilih kedai yang paling baru.
Kau tak boleh menang lawan spec sheet dengan tukar ayat je. Tambah apa yang supplier tak boleh bagi, iaitu konteks tempatan. Nota saiz untuk orang Malaysia, plug tu tiga pin UK atau tidak, bahan tu bagaimana dalam cuaca lembap, masa hantar sebenar ke Sabah Sarawak, waranti macam mana untuk barang import.
Dua tiga perenggan asli setiap produk dah cukup. Buat untuk produk yang betul-betul laku, bukan semua 900. Susun ikut revenue, ambil 50 teratas, tulis yang tu elok-elok, dan biar ekor panjang tu kekal guna teks supplier dengan canonical tunjuk pada diri sendiri.
Kedai dengan 50 product page yang ditulis elok dan 850 yang nipis lagi bagus daripada kedai dengan 900 page nipis semua. Google nilai page, dia tak purata satu site.
Shopee dan Lazada rank atas kedai kau untuk nama produk kau sendiri
Ini aduan yang keluar dalam hampir setiap audit kedai Malaysia. Kau cari nama produk kau, page satu Shopee, Lazada, TikTok Shop, lepas tu baru kau kat posisi lapan.
Untuk nama produk generik, kau memang takkan menang. Domain tu ada authority, jumlah review dan kekerapan crawl yang kau tak boleh lawan dengan bajet RM1,500 sebulan. Berlagak boleh menang akan buang setahun kau.
Yang jalan ialah pilih query yang listing marketplace lemah. Dia nipis untuk apa-apa yang perlukan penerangan: perbandingan, panduan saiz, soalan compatibility, waranti dan servis lepas jual. Dia pun tiada kedai fizikal, jadi carian yang ada nama bandar atau “berdekatan” terbuka luas. Dan dia takkan boleh rank untuk brand kau.
Kalau kau memang dah jual atas Shopee, listing tu akan rank suka tak suka, jadi masukkan nama brand kau dalam listing dan anggap marketplace sebagai channel discovery yang suap balik ke site kau sendiri. Daftar lokasi fizikal dan kemas Google Business Profile pula buka satu set carian yang marketplace langsung tak boleh masuk.
Variant dan filter senyap-senyap hasilkan ribuan URL sampah
Ini kegagalan yang paling banyak tenggelamkan kedai Malaysia, dan owner jarang perasan sebab bahagian depan nampak elok je. Baju dalam 5 warna dan 4 saiz adalah 20 kombinasi. Tambah sidebar filter dengan brand, julat harga dan bahan, setiap kombinasi boleh jadi satu URL yang boleh dicrawl.
Dokumentasi crawling Google sebut benda ni terus terang: crawl URL faceted navigation cenderung makan sumber pengkomputeran yang besar sebab jumlah kombinasi filter yang mungkin terlalu banyak.
Pilihan yang Google sendiri senaraikan ialah disallow parameter tu dalam robots.txt, hidangkan filter guna URL fragment sebab Search umumnya tak crawl fragment, letak rel=”nofollow” pada setiap link yang tunjuk ke URL berfilter, atau canonical balik ke page tanpa filter, yang mereka kata pilihan paling lemah untuk jangka panjang. Mereka juga kata pulangkan 404 sebenar untuk kombinasi filter kosong, bukan redirect ke page error umum.
| Punca URL sampah | WooCommerce | Shopify |
|---|---|---|
| Filter | ?filter_colour= dari kebanyakan plugin filter |
?filter.p. pada collection, edit robots.liquid |
| Susunan | ?orderby= pada setiap kategori |
?sort_by= pada setiap collection |
| Variant | Variation kongsi satu URL produk, ini selamat | ?variant= pada URL sama, canonical uruskan |
| Path bertindih | Base /product-category/ dalam permalink |
/collections/x/products/y ulang /products/y |
URL produk berskop collection dalam Shopify ni yang paling ramai terlepas pandang. Shopify canonical ke versi pendek, jadi jangan usik canonical tu dan pastikan internal link serta sitemap kau pun guna bentuk pendek.
Produk habis stok dan discontinued perlukan keputusan, bukan delete
Naluri pertama bila stok habis ialah padam produk tu. Itu buang setiap link dan setiap ranking yang page tu dah kumpul.
- Habis stok sementara. Kekalkan page hidup dan boleh diindex, set
availabilitykepadaOutOfStockdalam schema, tambah borang notify bila stok masuk. Posisi kekal, trafik terus masuk. - Discontinued tapi ada gantian. 301 ke produk gantian kalau dia memang benda sama dalam model baru. Kalau serupa lebih kurang je, redirect ke kategori.
- Discontinued tanpa gantian. Kekalkan page, tulis terus terang dia dah tak dijual, link ke tiga pilihan terdekat. 404 hanya bila page tu tiada link dan tiada trafik.
- Bermusim. Jangan sekali padam. Page Raya yang bertahan dua belas bulan bina semula ranking jauh lebih cepat daripada URL baru setiap musim.
Dalam WooCommerce, sorok barang habis stok bawah Products, Inventory buatkan page tu pulangkan 404, jadi matikan setting tu. Dalam Shopify, unpublish dari channel Online Store buat benda sama. Archive, jangan delete, dan biar URL tu terus menjawab.
Product schema dan review markup ikut apa Google minta
Owner kedai sama ada buat apa-apa pun tidak, atau pasang tiga plugin yang semuanya keluarkan markup bertindih. Dokumentasi merchant listing Google agak spesifik tentang apa yang wajib.
Pada Product: name, image, dan offers sebagai satu Offer di mana kau penjualnya, bukan AggregateOffer. Dalam Offer pula: price yang mesti lebih besar daripada sifar, dan priceCurrency dalam bentuk kod ISO 4217 tiga huruf, jadi MYR. Selain tu semua disyorkan, bukan wajib, termasuk sku, brand.name, availability, hasMerchantReturnPolicy dan shippingDetails.
Untuk variant, Google dokumenkan induk ProductGroup yang bawa productGroupID, variesBy dan hasVariant, setiap variant pula satu Product dengan sku sendiri. Kebanyakan kedai tak perlukan ni. Dia baru penting bila harga variant memang berbeza ketara.
Review markup ada satu peraturan yang orang langgar hari-hari. Panduan review snippet Google kata rating mesti datang terus dari pengguna, dan kau tak boleh kumpul review atau rating dari website lain. Tarik bintang Shopee kau masuk product page sendiri adalah tepat benda yang dia larang.
Internal link dari content ke category page
Kebanyakan kedai ada blog yang link ke tempat yang tak berguna. Artikel tunjuk ke homepage, kadang ke satu produk, hampir tak pernah ke kategori yang sepatutnya rank. Itu membazir satu-satunya link equity yang kedai kecil boleh kawal sepenuhnya.
Tulis content yang duduk satu langkah sebelum pembelian, pastu tunjuk ke kategori. Panduan pilih kekerasan tilam link ke kategori tilam, bukan ke satu tilam. Artikel tu tangkap trafik informational, kategori kumpul link, dan kategori yang akhirnya rank untuk terma komersial.
Tiga peraturan. Link guna frasa yang kau nak kategori tu rank, bukan “klik sini”. Bagi setiap kategori sekurangnya tiga internal link masuk dari content. Simpan kategori paling laku dalam dua klik dari homepage, sebab kedalaman menu berkait rapat dengan berapa kerap Google crawl semula. Penjelasan kami tentang on-page berbanding off-page SEO cerita kenapa ini lagi berat daripada kerja luar site untuk kedai kecil.
Gambar dan kelajuan pada kedai yang bawa tiga puluh plugin
Gambar produk adalah benda paling berat dalam kedai. Keadaan biasa ialah JPEG 2MB terus dari jurugambar, upload pada 3000px, papar pada 400px.
Tiga benda yang penting, ikut turutan: hidangkan dimensi yang betul, tukar ke WebP, lazy-load semua yang bawah skrin. Alt text penting untuk accessibility dan image search, bukan untuk rank product page. Tiada siapa nak tukar nama 900 fail satu-satu, jadi dalam WooCommerce guna converter pukal macam ShortPixel atau Imagify. Dalam Shopify, CDN dia uruskan penukaran, jadi kerja kau tinggal upload pada dimensi waras dan halang app suntik saiz tambahan.
Sasarkan largest contentful paint mobile bawah 2.5 saat pada category page, diuji atas 4G bukan fiber pejabat. WooCommerce bagi kawalan penuh dan tanggungjawab penuh: cart fragment jalan seluruh site secara default dan selalu perlahankan loading kategori. Shopify buang soalan server tapi ganti dengan script app yang kau tak selalu boleh tunda, dan penyelesaian jujurnya ialah padam app. Keputusan masa bina kedai yang tentukan berapa banyak benda ni kau terpaksa tanggung kemudian.
Google minta gambar produk boleh dicrawl dan diindex. Kalau peraturan CDN atau hotlink protection halang Googlebot dari URL gambar kau, Product markup kau gagal dan merchant listing hilang.
Beza kerja SEO antara WooCommerce dan Shopify
Tiada platform yang rank lebih baik daripada satu lagi. Dia gagal dengan cara berbeza, dan tahu kegagalan mana kau tanggung boleh jimat berbulan.
| Kerja | WooCommerce | Shopify |
|---|---|---|
| Title dan meta | Yoast atau Rank Math, kawalan template penuh | Template theme, boleh edit tapi terhad |
| Struktur URL | Boleh kawal penuh, base kategori boleh buang | Prefix /products/ dan /collections/ tetap |
| robots.txt | Edit fail terus | Edit melalui robots.liquid |
| Product schema | Dari plugin, selalu bertindih antara plugin | Dari theme, biasanya satu salinan bersih |
| Content | WordPress, platform blog paling kuat | Blog asas, boleh guna tapi terhad |
| Had kelajuan | Ikut hosting dan disiplin plugin | Asas bagus, merosot ikut jumlah app |
| Risiko utama | Konflik plugin, markup bertindih, URL sampah | Corak URL tetap, akses teknikal terhad |
Kalau kau masih pilih platform, timbang tara kos dan kawalan ada dalam perbandingan WooCommerce dan Shopify kami. Kalau kedai kau dah wujud, platform bukan halangan kau. Halangannya ialah tiada siapa pernah tulis category page tu.
Sembilan puluh hari pertama untuk kedai yang tak pernah ada SEO
- Minggu 1: kira kerosakan. Crawl kedai, banding jumlah URL boleh index dengan jumlah produk. Kalau lebih dua kali ganda produk campur kategori, filter masalah pertama.
- Minggu 2 hingga 3: tutup paip. Uruskan parameter filter dan sort, betulkan kelakuan habis stok supaya page berhenti 404, hantar sitemap bersih.
- Minggu 4 hingga 6: tulis kategori teratas. Lapan kategori yang bawa revenue paling besar, setiap satu dengan title tag sebenar dan 250 hingga 500 patah.
- Minggu 6 hingga 9: schema dan gambar. Satu sumber Product markup, disahkan, plus penukaran pukal seluruh pustaka gambar.
- Minggu 9 hingga 12: mula content. Empat artikel yang duduk sebelum keputusan beli, setiap satu link masuk ke kategori dengan frasa sasarannya.
Jangka pergerakan pertama sekitar minggu enam hingga lapan pada kategori yang kau tulis semula, dan posisi stabil pada 3 hingga 6 bulan. Bajet duduk dalam band yang sama dengan retainer lain, yang panduan harga SEO Malaysia kami letak pada RM1,000 hingga RM2,500 sebulan untuk skop asas.
Nak tahu angka sebenar untuk business anda?
Hantar detail ringkas. Kami semak akaun atau website anda, pastu tunjuk di mana duit bocor dan apa langkah paling berbaloi seterusnya.
Soalan lazim tentang SEO untuk kedai online Malaysia
Category page atau product page yang patut dibaiki dulu?
Category page, tanpa pengecualian. Dia sasar frasa yang orang betul-betul taip, dan jumlahnya jauh lebih sikit jadi kerja tu boleh habis. Product page berbaloi dioptimum hanya untuk barang paling laku, di mana memang ada orang cari produk tu ikut nama.
Macam mana kalau saya cuma ada description dari supplier?
Kekalkan dia, pastu tambah dua tiga perenggan asli yang cerita saiz untuk orang Malaysia, jenis plug, masa hantar ke Sabah Sarawak, dan terma waranti. Buat untuk 50 produk teratas ikut revenue, bukan seluruh katalog. Content asli pada page yang laku lagi bagus daripada content nipis merata.
Betul ke filter produk boleh rosakkan SEO saya?
Boleh. Dokumentasi crawling Google menyatakan crawl URL faceted navigation cenderung makan sumber pengkomputeran yang besar sebab jumlah kombinasi filter yang mungkin terlalu banyak. Usaha crawl yang habis pada URL berfilter adalah usaha yang tak sampai ke category dan product page sebenar kau.
Patutkah saya padam product page bila barang habis stok?
Tidak. Kekalkan page hidup dan boleh diindex, set availability kepada OutOfStock dalam schema, dan tawar notifikasi bila stok masuk. Padam bermakna buang setiap link yang page tu dah kumpul. Buang URL hanya bila produk tu memang tak kembali dan page tiada trafik mahupun link masuk.
Apa Product schema minimum yang Google minta?
Untuk merchant listing, Google minta name, image, dan offers sebagai satu Offer di mana kau penjualnya. Dalam Offer, price mesti lebih besar daripada sifar dan priceCurrency mesti kod ISO 4217 tiga huruf, jadi MYR. Selebihnya termasuk sku, brand dan availability disyorkan, bukan wajib.
Boleh tak saya papar review Shopee saya dengan markup bintang?
Tidak boleh. Panduan review snippet Google kata rating mesti datang terus dari pengguna dan kau tak boleh kumpul review atau rating dari website lain. Papar sebagai teks biasa tak apa, tapi markup dia sebagai aggregate rating kau sendiri melanggar garis panduan dan boleh hilangkan rich result.
Boleh ke kedai kecil rank atas Shopee dan Lazada?
Bukan untuk nama produk generik, dan kejar benda tu akan buang setahun. Kau boleh menang pada terma brand, query perbandingan dan saiz, soalan compatibility, carian tempatan yang ada nama bandar, dan apa-apa yang perlukan penerangan atau servis lepas jual. Itu query yang listing marketplace jawab teruk.
Berapa lama sebelum SEO kedai online nampak hasil di Malaysia?
Jangka pergerakan pertama enam hingga lapan minggu selepas tulisan kategori naik, dan posisi stabil pada 3 hingga 6 bulan. Kedai dengan masalah filter berat ambil masa lebih lama sebab Google kena crawl semula dan buang URL sampah dulu. Kategori kompetitif di Klang Valley duduk di hujung panjang.
Kesimpulan: SEO untuk kedai online Malaysia
Nak rank kedai online Malaysia turun kepada empat kerja ikut turutan: hentikan filter dari hasilkan URL sampah, tulis category page yang tiada siapa pernah tulis, tambah butiran tempatan asli pada produk yang laku, dan halakan content kau ke kategori bukan ke homepage. Marketplace akan pegang nama produk generik, jadi bina atas query brand, perbandingan dan tempatan. Beri masa 3 hingga 6 bulan pada skop asas RM1,000 hingga RM2,500.
English version here: ecommerce SEO Malaysia.
Kalau kau nak pendapat kedua tentang di mana kedai kau bocorkan crawl budget dan ranking sebelum belanja apa-apa, berbual dengan team Lesgo Media.
Baca lagi
- SEO Services in Kuala Lumpur: What They Cost and How to Choose
- Bila Patut Rebranding, dan Bila Ia Cuma Buang Duit
- Retargeting Malaysia: Bila Ia Berbaloi untuk SME (2026)
