Paid Ads Lesgo Media · 2026
- RM20-RM50bajet harian nak mula
- 50conversion seminggu satu ad set
- 7-14 harisebelum nilai campaign
Ramai owner mula dengan cara yang sama. Buka app, tekan butang Boost pada post yang paling banyak like, letak RM50, pastu tunggu. Seminggu kemudian reach naik, comment ada sikit, tapi tiada seorang pun yang tanya harga.
Masalahnya bukan pada iklan tu. Masalahnya pada susunan. Akaun disiapkan terbalik, tracking tak dipasang, dan bajet dipecah sampai tiada satu pun yang sempat belajar.
Artikel ni bawa kau ikut turutan yang betul, dari buka portfolio sampai hari ke-30, termasuk benda yang tutorial luar negara selalu tak sentuh: targeting untuk pasaran yang baca BM dan English, dan cara handle customer list tanpa langgar PDPA.
Aset kena atas nama company, bukan nama orang lain
Silap paling mahal untuk SME Malaysia adalah biar orang lain pegang aset. Freelancer buka ad account bawah portfolio dia sendiri, jalankan campaign kau, pastu bila dah tak sekerja, data pixel dan custom audience semua tinggal dengan dia.
Mula di business.facebook.com dan buka business portfolio atas nama company kau. Meta memang suka tukar nama lapisan ni, jadi apa yang dulu dipanggil Business Manager sekarang muncul sebagai business portfolio dalam Meta Business Suite. Label mungkin dah berubah lagi bila kau baca ni, tapi fungsinya sama.
Buka ad account baru dalam portfolio tu, jangan import akaun personal. Masukkan Page dan Instagram sebagai aset milik company, pastu tambah orang ikut peranan: seorang director sebagai admin, staff sebagai employee.
Apa yang company kau kena pegang
- Business portfolio, guna email company yang kau kawal
- Ad account, dibuka dalam portfolio tu
- Page, akaun Instagram, dan pixel atau dataset
- Payment method, guna kad company yang ada limit
Agency bagi partner access, bukan ownership. Access boleh ditarik balik satu klik dan data kekal dengan kau. Kalau ada agency berkeras nak buka akaun kat sebelah dia, itu terma yang patut kau bincang awal.
Hidupkan two-factor authentication untuk semua admin. Kes ad account kena hack di Malaysia selalunya masuk melalui profil personal admin, bukan melalui ad account.
Pasang pixel dan Conversions API serentak
Tracking melalui browser dah tak boleh diharap sepenuhnya lepas Apple perkenalkan App Tracking Transparency. Bila user pilih opt out kat iPhone, pixel sebelah browser hilang event, dan Meta kurang bahan untuk belajar. Trafik feed di Malaysia majoritinya mobile dan sebahagian besar guna iPhone, jadi lubang ni bukan perkara kecil.
Penyelesaiannya di sebelah server. Conversions API hantar event yang sama terus dari server kau ke Meta. Jalankan dua-dua dengan event ID yang sepadan, supaya Meta buang pendua dan kira satu purchase sekali sahaja.
Meta sedang satukan pixel jadi apa yang dia panggil dataset dalam Events Manager. Kalau kau tak jumpa perkataan pixel dalam interface, cari dataset.
| Cara pasang | Sesuai untuk | Kerja yang perlu |
|---|---|---|
| Integrasi platform (Shopify, WooCommerce) | Kedai online SME | Bawah sejam |
| Server container Google Tag Manager | Website custom yang ada developer | Sehari dua |
| API terus dari backend | Sistem booking, CRM, app | Kerja developer |
| Tool gateway pihak ketiga | Team tanpa developer | Yuran setup dan langganan |
Sebelum launch, hantar satu test event dan pastikan ia masuk dari dua sumber, pastu tengok skor event match quality. Hantar email, nombor telefon dan nama dalam bentuk hashed bersama setiap server event, skor tu naik dan lebih banyak conversion dapat dipadankan balik dengan orang yang tengok iklan kau.
Objective kena padan dengan tindakan yang kau nak
Meta susun campaign kepada enam objective: awareness, traffic, engagement, leads, app promotion dan sales. Pilihan tu yang beritahu lelongan siapa patut dicari, dan kesannya lagi besar dari mana-mana targeting yang kau set selepas itu.
Traffic paling ramai pilih, dan selalunya itu yang salah. Traffic beli klik. Dia cari orang yang paling suka tekan link, bukan orang yang paling mungkin beli. Dashboard nampak sibuk, inbox senyap, pastu owner ingat iklan tak jalan padahal objective yang salah dari mula.
Pilihan objective untuk campaign pertama
- Jual barang online: Sales, optimise pada Purchase
- Jual servis atau barang mahal: Leads, optimise pada form submit
- Nak orang datang kedai: Traffic ke page booking, atau Leads dengan butang call
- Brand baru yang tiada siapa kenal: Awareness, dengan pelan tukar dalam sebulan
Jenis campaign Advantage+ sekarang duduk sebelah setup manual, dan Meta makin banyak automatikkan bahagian targeting. Untuk campaign pertama dengan bajet kecil, laluan automatik selalunya sampai ke kos stabil lebih cepat sebab dia kumpulkan data dan bukan pecahkan. Simpan setup manual untuk bila kau dah ada bukti satu audience memang jalan. Kalau kau masih timbang platform, baca perbandingan Google Ads lawan Facebook Ads dulu.
Audience untuk pasaran dua bahasa, dan cara pegang list ikut PDPA
Ini bahagian yang panduan luar negara selalu tersasar. Pembeli kau baca BM dan English dalam scroll yang sama, dan tukar antara dua bahasa tu tak cerita apa-apa pasal siapa mereka.
Language targeting Meta tapis ikut bahasa yang orang set pada akaun dia, bukan bahasa yang dia boleh baca. Set iklan kau English sahaja, kau potong pembeli yang guna interface BM tapi baca English elok je. Biar language terbuka, biar creative yang tapis: satu iklan BM dan satu iklan English dalam ad set yang sama.
Pasal interest, jangan tibai dua puluh. Stack sempit sekarang lebih banyak buat algorithm kebulur dan naikkan CPM sebab kau kecilkan kolam lelongan. Audience luas seluruh Malaysia umur 25 hingga 55 selalunya kalahkan stack interest yang nampak pandai. Kalau lokasi penting, sasarkan radius, disiplin sama yang guna pakai dalam local SEO untuk business Malaysia.
Customer list yang kau upload sebagai custom audience adalah isyarat paling kuat yang boleh kau bagi pada Meta, dan sumber lookalike paling bagus. Tapi itu juga data peribadi. Kalau kau kumpul nombor telefon untuk hantar barang dan notis privasi kau langsung tak sebut iklan, guna nombor tu untuk bina audience adalah tujuan lain dari yang orang tu setuju.
- Kemas kini notis privasi. Sebut yang butiran contact boleh diguna untuk marketing di platform pihak ketiga.
- Ambil consent masa kumpul. Kotak opt-in yang tak bertanda, direkod dengan tarikh.
- Hormat opt-out. Sesiapa yang unsubscribe keluar dari list sebelum upload seterusnya.
- Upload dalam bentuk hashed. Meta hash dalam browser, nombor mentah tak keluar dari komputer kau.
- Ganti list, jangan tambah je. Upload list terkini setiap bulan, bukan tindih fail lama.
Untuk lookalike, 1,000 hingga 5,000 pembeli sebenar lagi bagus dari 50,000 contact bercampur. Mula dengan lookalike 1 peratus Malaysia, luaskan ke 3 hingga 5 peratus bila dah kesempitan. Kalau customer bawah 100 orang, tinggalkan lookalike dulu dan biar pixel kumpul audience pelawat website.
Struktur kecil supaya bajet tak berselerak
Kesilapan struktur yang paling biasa adalah layan ad account macam almari fail. Satu campaign satu produk, satu ad set satu interest, pastu RM50 sehari dipotong jadi lapan kerat yang semuanya tak belajar apa-apa.
Meta optimise di peringkat ad set, jadi setiap ad set tambahan adalah satu lagi barisan yang tunggu data. Dengan bajet RM1,500 hingga RM5,000 sebulan, satu campaign dengan dua atau tiga ad set dan tiga hingga lima iklan dalam setiap satu dah memadai. Produk kedua atau bandar kedua masuk kemudian, bila yang pertama dah bayar balik.
Guna campaign budget optimisation supaya Meta alih duit ke ad set yang bagi hasil, bukan kau kunci jumlah sama rata. Set bajet di peringkat campaign dan biar ad set berlumba. Angka penuh untuk setiap peringkat ada dalam panduan kos Facebook ads di Malaysia.
Bajet harian Facebook adalah purata, bukan siling keras. Hari elok dia belanja lebih, hari lembab dia belanja kurang, dan dia imbangi sepanjang minggu. Baca perbelanjaan pada paparan tujuh hari, jangan tengok semalam sahaja, dan rujuk cara baca Facebook Ads Manager dashboard.
Hormat learning phase, jangan lawan
Setiap ad set baru masuk learning phase sementara Meta cuba faham siapa patut ditunjuk iklan. Delivery tak stabil dan kos naik turun. Syarat keluar yang Meta sebut lebih kurang 50 optimisation event setiap ad set setiap minggu, dan sebelum sampai situ angka kau cuma bunyi bising.
Kira dulu sebelum launch. Kalau cost per lead kau RM30 dan kau perlu 50 lead seminggu, ad set tu perlukan dalam RM1,500 seminggu untuk keluar learning. Kebanyakan SME tak mampu, dan sebab itulah jangan buka lima ad set. Satu ad set RM50 sehari ada peluang. Lima ad set RM10 sehari tiada.
Separuh lagi adalah jangan reset jam tu. Edit besar mula semula learning: tukar audience, tukar optimisation event, ubah bajet secara mendadak, atau tukar creative. Perubahan bajet bawah 20 peratus biasanya selamat, dan pause sehari pun masih boleh tahan, tapi lebih dari itu jangan.
Tulis tarikh launch atas kalendar dan jangan usik selama tujuh hari, kecuali semak yang iklan memang jalan. Gatal tangan pada hari kedua adalah tabiat paling mahal dalam akaun.
Creative yang sesuai dengan cara orang Malaysia scroll
Creative gerakkan kos per hasil lebih dari targeting. Meta bagi kadar lebih murah pada iklan yang buat orang berhenti scroll, jadi iklan yang lebih kuat memang lebih murah dijalankan.
Buat versi menegak dulu. Reels dan Stories yang kuasai perhatian mobile, dan video 9:16 yang penuhkan skrin kalahkan klip melintang yang dikitar semula. Rakam versi segi empat sebagai sandaran untuk feed.
Bahasa ikut logik yang sama macam setup audience. Test satu versi BM dan satu versi English untuk tawaran yang sama, jangan paksa satu iklan bercampur yang dua-dua tak kena. Rojak dalam caption bunyi macam manusia, asalkan hook jelas pada baris pertama.
Peraturan creative untuk campaign pertama
- Tiga hingga lima iklan satu ad set, konsep berbeza, bukan tukar warna
- Hook dalam dua saat pertama, tawaran nampak walaupun tanpa bunyi
- Subtitle sentiasa ada, sebab kebanyakan orang tengok senyap
- Harga atau tawaran ditulis terang, bukan “PM untuk harga”
- Tukar konsep yang menang setiap empat hingga enam minggu
Format yang tahan untuk SME Malaysia memang simple: owner cakap terus depan kamera, testimoni customer yang ada muka dan nama, gambar sebelum dan selepas, demo produk yang dirakam guna telefon. Video brand yang mahal selalunya kalah pada benda-benda ni.
Jalankan 30 hari pertama ikut pelan
Campaign pertama perlukan jadual tetap supaya keputusan datang dari data, bukan dari perasaan. Empat minggu cukup untuk tahu sama ada tawaran kau menjadi.
- Hari 1 hingga 3: bina dan sahkan. Portfolio, ad account, pixel dan Conversions API, test event disahkan, satu campaign, dua ad set.
- Hari 4 hingga 7: launch dan tinggalkan. Pastikan delivery dah mula dan perbelanjaan berjalan. Semak sekali sehari untuk error sahaja.
- Hari 8 hingga 14: bacaan pertama. Banding kos per hasil antara iklan. Matikan iklan paling teruk sahaja, ad set jangan usik, tambah satu konsep baru.
- Hari 15 hingga 21: kumpulkan. Alih bajet ke ad set yang bagi hasil. Kalau satu ad set dah habis RM300 tanpa apa-apa, pause.
- Hari 22 hingga 30: buat keputusan. Banding cost per lead sebenar dengan nilai seorang customer, pastu naikkan bajet 20 peratus atau baiki tawaran.
Menjelang hari ke-30 kau patut boleh sebut cost per lead kau dalam ringgit dan berapa peratus lead tu jadi jualan. Nilai hasil tu guna ROAS yang munasabah untuk campaign di Malaysia, bukan angka case study luar negara.
Cost per lead dalam julat RM5 hingga RM50 masih normal, bergantung industri. Servis bernilai besar duduk di hujung atas julat tu dan selalu lebih.
Nak tahu angka sebenar untuk business anda?
Hantar detail ringkas. Kami semak akaun atau website anda, pastu tunjuk di mana duit bocor dan apa langkah paling berbaloi seterusnya.
Soalan lazim pasal setup iklan Facebook di Malaysia
Perlu ke buka business portfolio, atau boleh Boost je?
Boost tak bagi kau kawalan atas objective, placement atau audience, dan aset pula tinggal melekat pada profil personal seseorang. Buka business portfolio walaupun kau jalankan satu campaign sahaja. Tiada kos, dan data pixel serta sejarah iklan kekal dengan company kau sendiri.
Berapa bajet patut untuk campaign Facebook pertama?
Mula RM20 hingga RM50 sehari. Bawah tu kau kumpul data terlalu perlahan untuk belajar apa-apa dalam sebulan. Bajet iklan bulanan yang realistik untuk SME yang jalan serius adalah RM1,500 hingga RM5,000, dan angka tu belum kira upah orang buat creative dan uruskan akaun.
Conversions API ni betul-betul perlu untuk business kecil?
Perlu, kalau kau kisah pasal conversion dan bukan reach sahaja. Tracking browser sahaja hilang sebahagian event lepas perubahan Apple, dan Meta optimise ikut apa yang dia nampak. Kebanyakan platform ecommerce dah sediakan integrasi satu klik, jadi kerjanya tak seberat yang kau sangka.
Patut target dalam BM atau English?
Biar ruang language terbuka dan test dua-dua pada creative. Language targeting Meta baca bahasa interface yang orang tu set, bukan bahasa yang dia boleh baca, jadi menapis di situ potong pembeli tanpa sebab. Jalankan satu iklan BM dan satu iklan English dalam ad set yang sama.
Berapa ad set patut ada dalam campaign pertama?
Dua atau tiga sudah. Setiap ad set perlukan data sendiri untuk keluar learning phase, jadi pecahkan bajet kecil kepada banyak ad set buat semuanya kebulur. Satu campaign, dua atau tiga ad set, tiga hingga lima iklan dalam setiap satu memadai untuk bulan pertama.
Apa itu learning phase dan berapa lama ia berjalan?
Itu tempoh Meta masih cuba faham siapa patut ditunjuk iklan kau, dan sepanjang tempoh tu kos naik turun. Satu ad set keluar selepas lebih kurang 50 optimisation event dalam seminggu. Praktikalnya, bagi mana-mana campaign baru 7 hingga 14 hari sebelum kau nilai.
Boleh ke upload customer list ke Facebook bawah PDPA?
Boleh kalau orang dalam list tu setuju data mereka diguna untuk marketing, termasuk di platform pihak ketiga. Kemas kini notis privasi, ambil consent masa kumpul data, hormat opt-out sebelum setiap upload, dan ganti list dengan yang terkini dan bukan tindih fail lama.
Guna Advantage+ atau setup manual?
Untuk campaign pertama dengan bajet kecil, laluan automatik selalunya sampai ke kos stabil lebih cepat sebab dia kumpulkan data dan bukan pecahkan. Pindah ke setup manual bila kau dah ada bukti satu audience memang jalan. Meta kerap tukar nama pilihan ni, jadi semak label semasa dalam akaun kau.
Kesimpulan: turutan setup yang tentukan hasil
Iklan Facebook di Malaysia tak mahal nak mula. Yang mahal adalah mula dengan cara yang salah. Pegang portfolio dan ad account sendiri, sambung pixel dengan Conversions API sebelum launch, pilih objective yang padan dengan tindakan yang kau nak, dan kekalkan struktur cukup kecil supaya RM20 hingga RM50 sehari betul-betul ajar kau sesuatu.
Lepas tu tahan sabar dua minggu. Kebanyakan akaun yang gagal sebenarnya tak pernah dibagi 7 hingga 14 hari yang ia perlukan. Meta pula kerap tukar nama benda, jadi kalau butang yang disebut di sini duduk di tempat lain, settingnya masih ada bawah label baru.
English version here: Facebook Advertising in Malaysia: A Setup Guide for Your First Campaign.
Kalau kau lebih rela ada orang bina akaun tu betul dari awal, hubungi kami.
Baca lagi
- Digital Marketing Agency di Seremban: Panduan Pilih & Kos
- Marketing Plan untuk SME Malaysia: Cara Tulis Yang Kau Guna
- Digital Marketing Agency di Kuching: Panduan Pilih & Kos
