Keyword Research Malaysia: Bila Customer Search Dalam Dua Bahasa

Written by

in

,

Panduan Lesgo Media · 2026

  • 16 bulandata query Search Console percuma
  • RM0bajet tool untuk mula
  • 26pusingan autocomplete satu seed
Jawapan ringkas: Orang Malaysia jarang search dalam satu bahasa penuh. Dia campur BM dengan English dalam satu query, dan istilah teknikal kekal English walaupun ayat tu BM. Jadi keyword research kat sini bermaksud kutip ayat sebenar dari Google autocomplete, People Also Ask dan data Search Console kau sendiri, lepas tu tentukan topik mana layak page BM, page English, atau dua-dua. Search Console simpan 16 bulan data query tu percuma.

Ada satu perkara yang hampir semua senarai keyword untuk business Malaysia buat salah. Orang fikir dalam English, masuk senarai tu dalam tool, lepas tu hantar pada penterjemah untuk buat versi BM.

Senarai terjemahan tu nampak kemas. Masalahnya, ayat dalam tu tak pernah ditaip oleh sesiapa. “Perkhidmatan pemasaran digital” memang BM yang betul, tapi sebagai query dia hampir mati, sebab orang yang cari benda tu taip “digital marketing agency” atau “agency marketing murah”.

Artikel ni tunjuk macam mana search dua bahasa jalan di Malaysia, cara kutip ayat sebenar tanpa bayar tool, dan cara tentukan satu topik tu patut ditulis dalam bahasa apa supaya dua versi kau tak berlawan sesama sendiri.

Cara orang Malaysia taip query sebenarnya

Tengok sesiapa guna Google atas phone dia, ada tiga corak yang senarai keyword satu bahasa memang tak boleh tangkap.

Pertama, campur dua bahasa dalam satu query. “Kos aircond service”, “harga smartphone terbaik”, “cara claim insurance kereta”. Tatabahasa BM, kata nama English, dan query tu bukan keyword BM dan bukan keyword English. Tool yang asingkan keyword ikut bahasa akan silap letak atau terus terlepas.

Kedua, istilah teknikal kekal English walau macam mana BM pun ayat tu. Tiada siapa taip “pengoptimuman enjin carian”. Semua orang taip SEO. Sama juga dengan booking, delivery, warranty, quotation dan refund. Kalau page BM kau guna terjemahan formal sedangkan orang taip perkataan English, page tu tak akan padan.

Ketiga, bahasa query ikut saiz keputusan. Search harian dan search lokal condong ke BM. Research perbandingan yang mahal, terutama B2B, condong ke English. Owner restoran boleh search “kedai printer murah shah alam”, dan sejam kemudian search “commercial printer supplier malaysia” untuk pembelian yang sama.

Ringkasan

  • Bentuk query paling biasa di sini: ayat BM dengan kata nama English.
  • Istilah teknikal hampir tak pernah diterjemah oleh orang yang search.
  • Bahasa berubah ikut intent, jadi satu pembeli hasilkan query dua bahasa.

Kenapa terjemah senarai keyword English jadi BM hasilkan keyword mati

Terjemahan kejar ketepatan. Search kejar apa yang orang taip, dan dua benda tu berpisah cepat di Malaysia.

Ambil “air conditioner service cost”. Penterjemah bagi “kos perkhidmatan penyaman udara”. BM yang betul, tapi register formal, jenis yang keluar dalam pekeliling kerajaan, bukan dalam search pukul 11 malam masa aircond dah tak sejuk. Query sebenar adalah “kos service aircond”.

Jurangnya pada register, bukan perbendaharaan kata. BM bertulis di sini ada lapisan formal untuk dokumen rasmi dan lapisan pertuturan untuk semua benda lain. Query datang dari lapisan pertuturan, dengan kata pinjaman English memang dah sebati. Penterjemah akan bagi kau lapisan formal setiap kali.

Ada masalah kedua. Terjemahan satu lawan satu, tapi padanan antara dua bahasa bukan satu lawan satu. Satu keyword English boleh pecah jadi tiga ayat BM dengan intent berbeza, dan tiga keyword English boleh cantum jadi satu ayat BM. Benda ni nampak dalam search results, bukan dalam spreadsheet.

Keyword English Terjemahan BM (selalunya mati) Apa orang taip sebenarnya
air conditioner service cost kos perkhidmatan penyaman udara kos service aircond, harga servis aircond
digital marketing agency agensi pemasaran digital digital marketing agency, agency marketing
dental scaling price harga penskalaan pergigian harga scaling gigi, kos cuci gigi

Kutip ayat sebenar guna autocomplete dan People Also Ask

Autocomplete dibina dari apa yang orang betul-betul search, jadi Google bagi kau ayat sebenar tu percuma. Cuma kena buat sistematik, bukan taip dua tiga tekaan.

  1. Set search settings ke Malaysia. Autocomplete sensitif pada lokasi, jadi cadangan dari VPN Singapore adalah data salah.
  2. Mula dengan seed bentuk campur. Taip “kos service aircond” dan baca semua cadangan sebelum tekan enter.
  3. Jalan satu abjad. Tambah space lepas tu huruf a sampai z. 26 pusingan keluarkan variasi long-tail yang senarai pertama tak tunjuk.
  4. Letak kata tanya di depan. Cuba “macam mana”, “berapa”, “kenapa”, “bila”, lepas tu versi English. Ayat soalan pegang paling banyak traffic informational.
  5. Baca People Also Ask. Setiap kali buka satu kotak, dia muat lagi. Rekod soalan tu bulat-bulat, termasuk yang campur bahasa.
  6. Ambil bahagian bawah page. Related searches di kaki hasil carian adalah kutipan kedua, biasanya lebih komersial dari autocomplete.

Buat sekali guna ayat condong BM, sekali guna English, untuk topik yang sama. Dua senarai tu bertindih kurang dari jangkaan kau, dan bahagian yang bertindih tu tunjuk topik mana cukup satu page je.

Rekod query persis macam Google tunjuk, termasuk ejaan pelik. “Aircond”, “air cond” dan “aircon” adalah tiga string berbeza, dan yang Google cadang tu yang customer kau guna.

Data query Search Console kalahkan mana-mana anggaran tool

Setiap tool yang jual search volume sebenarnya buat model. Search Console lapor apa yang betul-betul berlaku atas site kau sendiri, dan Google simpan 16 bulan sejarah tu.

Buka Performance, tukar ke tab Queries, set julat tarikh penuh 16 bulan, export, lepas tu susun ikut impressions bukan clicks. Impressions tinggi tapi clicks hampir tiada bermakna Google dah tunjuk kau untuk ayat yang kau tak pernah target, biasanya kat page dua.

Export tu sumber keyword dua bahasa paling bagus yang business Malaysia ada, sebab dalam dia ada query campur bahasa yang tiada tool boleh kelaskan betul. Filter kolum query untuk penanda BM macam “kos”, “harga”, “cara”, “murah” dan “berdekatan”. Kebanyakan owner jumpa query BM yang dia tak pernah tulis satu perkataan pun untuknya.

Caveatnya jujur. Traffic sikit maksudnya data sikit, jadi cara ni mula lemah dan makin kuat. Bagi site baru tiga hingga enam bulan publish sebelum senarai query tu berbaloi dikorek. Kalau Search Console belum sambung langsung, itu item pertama dalam mana-mana technical SEO checklist yang berguna.

Tak pasti page kau patut bahasa apa?Kami tarik data query Search Console kau dan tunjuk kat mana demand BM bersembunyi.

Book free consultation

Tentukan satu topik layak page BM, page English, atau dua-dua

Bukan semua topik layak dua page. Publish dua-dua secara default gandakan kos produksi dan cipta persaingan dalaman tanpa pulangan.

Guna tiga ujian, ikut turutan. Pertama, search topik tu dalam setiap bahasa dari IP Malaysia dan tengok apa yang rank. Query BM yang pulangkan sepuluh page English bermakna Google tak jumpa content BM yang bagus, dan itu ruang untuk kau.

Kedua, semak sama ada dua query tu pulangkan URL yang sama. Set yang sama bermakna satu intent, jadi satu page boleh layan dua-dua. URL berbeza bermakna dua intent dan dua page.

Ketiga, tanya siapa yang bayar. Servis pengguna, baiki rumah, makanan dan tuisyen condong BM. Software, servis B2B dan apa-apa yang ada proses procurement condong English.

Isyarat Tulis BM Tulis English Tulis dua-dua
Hasil carian bahasa tu Majoriti page BM Majoriti page English Campur ikut bahasa
Jenis pembeli Pengguna, lokal, kejar harga B2B, teknikal, banding Dua-dua segmen beli

Elak page BM dan page English kau berlawan

Dua page atas satu topik akan makan satu sama lain kalau kau biarkan. Jadikan dia dua dokumen yang betul-betul berbeza, bukan cermin.

Bagi setiap versi keyword utama sendiri dan slug sendiri dalam bahasa masing-masing. Page BM kat /kos-service-aircond/ dan page English kat /aircond-service-cost/ hantar isyarat jelas. Slug yang hampir serupa tidak.

Tulis berasingan, jangan terjemah. Pembukaan lain, contoh lain, susunan hujah lain, tapi fakta dan harga sama. Kalau versi kedua berbau terjemahan versi pertama, Google terpaksa pilih antara dua salinan satu page, dan dia akan tekan salah satu.

Sambung dua-dua sekali je, dalam kesimpulan. Selain tu internal link kekal dalam bahasa yang sama: page BM link ke page BM, English ke English. Disiplin yang sama pakai untuk kerja on-page kau, di mana title dan heading bawa bahasa page tu sahaja.

Kalau dua versi dah wujud dan satu jelas menang, jangan padam yang kalah. Tulis semula ikut keyword lebih sempit, atau merge dan redirect.

Keyword difficulty dan kenapa domain baru kena mula long-tail

Skor difficulty anggarkan berapa susah nak rank, dikira kebanyakannya dari backlink page yang dah ada kat atas. Setiap tool kira lain-lain, jadi baca nombor tu sebagai band, bukan ukuran.

Untuk domain Malaysia yang baru dan tiada sejarah link, abaikan apa-apa yang kompetitif selama enam hingga dua belas bulan pertama, dan target query empat perkataan ke atas. “SEO” memang tak boleh menang. “Kos SEO untuk kedai online” boleh rank dengan artikel bagus dan sabar.

Kau boleh nilai difficulty tanpa tool berbayar. Search query tu dan tengok siapa pegang page satu. Sepuluh brand nasional dan direktori maksudnya tinggalkan. Dua tiga page business kecil dan satu thread forum maksudnya ada ruang.

Head term 1-2 perkataanTinggalkan dulu
Term 3 perkataanKemudian
Long-tail 4-5 perkataanMula di sini
Ayat soalanPaling senang

Query long-tail BM biasanya sasaran paling lembut, sebab kebanyakan pesaing publish English sahaja. Volume rendah satu-satu, tapi banyak, dan conversion lebih baik sebab intent dia spesifik. Kalau kau nak tahu bila hasil mula nampak, baca dulu berapa lama SEO ambil masa.

Petakan keyword ke page supaya satu intent dapat satu page

Keyword research selalu gagal di peringkat pemetaan, bukan di peringkat kutipan. Orang dapat 300 keyword tanpa pelan, buat satu page setiap keyword, lepas tu ada dua belas page berlawan untuk satu intent.

  1. Kumpul ikut intent, bukan ikut ayat. “Kos service aircond”, “harga servis aircond” dan “aircond service price” adalah satu intent dalam dua bahasa, jadi paling banyak dua page.
  2. Namakan page sebelum tulis. Satu URL, satu keyword utama, satu bahasa, ditulis dalam sheet sebelum sesiapa mula draf.
  3. Letak keyword sekunder pada page tu. Semua yang sama intent masuk dalam heading dan body page yang sama.
  4. Semak page sedia ada dulu. Kalau ada page yang dah rank untuk mana-mana dalam kumpulan tu, baiki dia, jangan publish pesaing baru.
  5. Tanda lompang. Kumpulan yang tiada page dalam bahasa tu adalah barisan publish kau, susun ikut sedekat mana pembeli dengan bayar.

Ujian mudah: kalau dua page akan jawab soalan sama dengan perenggan pertama yang sama, dia satu page. Cantum sebelum publish, sebab cantum lepas publish makan ranking masa redirect duduk.

Tool percuma yang cukup tanpa bajet Semrush

Tool berbayar memang senang, cuma data volume Malaysia dia nipis sampai tiada strategi patut bersandar atasnya. Query lokal campur bahasa adalah tempat anggaran sampel paling teruk gagal, jadi bajet tool RM0 tak rugi banyak.

Tool Kos Bagus untuk Had
Google Search Console Percuma Query sebenar kau, 16 bulan, dua bahasa Query yang kau muncul sahaja
Google autocomplete Percuma Ayat sebenar, variasi ejaan, long-tail Tiada angka volume
People Also Ask Percuma Ayat soalan, bahan FAQ Berubah tiap kali search
Google Trends Percuma Banding dua ayat Relatif, bukan mutlak
Keyword Planner Percuma dengan akaun Google Ads Band demand kasar, term berkaitan Tunjuk julat luas tanpa spend aktif

Google Trends layak tempat dalam kerja dua bahasa. Dia tak bagi volume, tapi banding “servis aircond” dengan “aircond service” ditapis ke Malaysia tunjuk ayat mana menang, iaitu soalan yang senarai terjemahan memang tak boleh jawab.

Contoh kerja: klinik gigi di Kajang

Kutip. Seed adalah “klinik gigi” dan “dental clinic”. Pusingan abjad pulangkan “klinik gigi kajang”, “harga scaling gigi”, “kos cabut gigi bongsu”, “dentist near me”, “klinik gigi murah berdekatan”. People Also Ask tambah “berapa kerap kena scaling gigi” dan “how much does braces cost in malaysia”.

Kumpul. Empat intent: harga rawatan, kekerapan dan penjagaan, cari klinik berdekatan, dan braces sebagai kerja tersendiri.

Pilih bahasa. Dari IP Malaysia, harga dan kekerapan pulangkan majoriti content BM, cari klinik pulangkan hasil campur, braces pulangkan English. Jadi harga dan kekerapan dapat page BM, cari klinik dapat dua-dua, braces dapat English.

Petakan. Lima page, bukan sembilan. Satu page harga BM, satu panduan penjagaan BM, satu page klinik Kajang BM dan satu English, dan satu page braces English. Page Kajang tu yang perlukan kerja local SEO di belakangnya, sebab dia berlawan dalam map pack juga.

Semak. Enam bulan kemudian, Search Console tunjuk page harga BM kumpul impressions untuk “kos cuci gigi”, ayat yang tiada siapa optimise. Itu jadi page seterusnya, atau satu seksyen dalam page sedia ada.

Nak tahu angka sebenar untuk business anda?

Hantar detail ringkas. Kami semak akaun atau website anda, pastu tunjuk di mana duit bocor dan apa langkah paling berbaloi seterusnya.

    Kami reply dalam satu hari bekerja. Percuma, tiada obligasi.

    Soalan lazim pasal keyword research dua bahasa

    Site saya patut BM semua atau English semua?

    Dua-dua bukan jawapan tetap. Tentukan ikut topik, guna hasil carian topik tu dari IP Malaysia. Kebanyakan site SME Malaysia akhirnya ada teras English untuk page servis dan page BM untuk harga, cara buat dan query lokal, sebab di situ demand BM berkumpul.

    Boleh guna Google Translate untuk buat page BM?

    Untuk keyword, tidak boleh. Terjemahan pulangkan register formal yang tiada siapa search. Untuk body copy pula dia berbunyi macam import, dan itu jatuhkan masa orang duduk atas page. Tulis versi BM secara natif, kekalkan kata nama teknikal English macam orang sebut.

    Saya perlu tag hreflang untuk page BM dan English?

    Hanya kalau dua page tu betul-betul setara. Kalau kau tulis dia sebagai dua artikel berasingan untuk dua keyword berasingan, dia page berbeza, bukan versi bahasa, dan internal link biasa dah memadai.

    Berapa banyak keyword satu page patut target?

    Satu keyword utama, tambah seberapa banyak ayat sekunder yang berkongsi intent sama, selalunya lima hingga lima belas. Ujiannya sama ada satu page boleh jawab semuanya dengan baik. Kalau tak boleh, itu dua intent dan kau perlu page kedua.

    Data Search Console boleh dipercayai untuk site kecil?

    Tepat tapi nipis. Setiap query yang disenarai betul-betul berlaku, jadi tiada anggaran, cuma site yang sikit pelawat ada sikit baris. Bagi site baru tiga hingga enam bulan publish sebelum korek export tu.

    Kenapa Keyword Planner tunjuk julat bukan angka?

    Google hadkan butiran volume untuk akaun yang tiada spend iklan bermakna, jadi kau nampak band luas ganti angka. Band tu masih boleh susun keyword ikut tingkat kasar. Anggap dia susunan, bukan ramalan traffic.

    Slug URL patut BM atau English?

    Ikut bahasa page dan letak keyword utama dalam dia. Artikel BM kat /kos-service-aircond/ dan artikel English kat /aircond-service-cost/ kekal jelas berasingan. Campur dua bahasa dalam satu slug tak tolong mana-mana versi.

    Kalau page BM dan English saya rank untuk query sama?

    Semak sama ada dua-dua betul dokumen berbeza. Kalau satu adalah terjemahan satu lagi, tulis semula yang lemah ikut keyword lebih sempit, atau merge dan redirect. Dua page yang jawab satu soalan dengan struktur serupa akan pecahkan isyarat sesama sendiri.

    Kesimpulan: keyword research dalam pasaran dua bahasa

    Keyword research di Malaysia adalah kerja mendengar sebelum jadi kerja menganalisis. Kutip ayat yang orang betul-betul guna, dari autocomplete, People Also Ask dan 16 bulan data query dalam Search Console kau sendiri. Tentukan bahasa ikut topik dengan tengok apa yang dah rank. Bagi setiap intent satu page dalam satu bahasa, dan mula dengan query long-tail empat perkataan masa domain kau masih muda.

    English version here: Keyword Research in Malaysia.

    Kalau kau nak pendapat kedua pasal topik mana layak page BM, cakap dengan team Lesgo Media dan kami belek export query kau sekali.


    Baca lagi

    Sumber rasmi

    Free audit, no obligationWe review it and show you where the money leaks.
    Email us