FAQ

Soalan Lazim

Semua yang kau perlu tahu pasal servis, pricing dan cara kerja Lesgo Media — sebelum book free consultation.

Ringkasan pantas: Lesgo Media adalah full-funnel marketing partner untuk SME di Malaysia — kami handle social, paid ads, SEO dan brand di bawah satu strategi. Retainer marketing bermula dari RM3,000/bulan, DesignOutsourced (design subscription) bermula RM1,899/bulan. Tiada kontrak jangka panjang yang mengikat — kau boleh mula dengan satu channel dan scale bila sedia.

Kami kumpulkan soalan yang paling kerap ditanya prospek sebelum mereka book free consultation dengan kami. Kalau soalan kau tak terjawab kat sini, hubungi kami terus — kami reply dalam satu hari bekerja.

01

Tentang Servis Lesgo Media

Apa sebenarnya Lesgo Media buat?

Kami adalah full-funnel digital marketing partner untuk SME di Malaysia. Berbeza dengan agency yang fokus satu channel sahaja, kami run social & content, paid ads (Meta, TikTok, Google), SEO & web, serta brand & strategy semua di bawah satu team dan satu strategi — supaya setiap channel saling menyokong, bukan berjalan sendiri-sendiri. Baca lanjut kat page servis kami.

Kalau saya cuma perlukan satu channel je (contoh SEO sahaja), boleh?

Boleh. Kau tak semestinya perlu ambil semua channel sekali. Ramai client mula dengan satu channel — biasanya SEO atau paid ads — dan tambah channel lain bila dah nampak hasil dan bajet membenarkan. Tak sure channel mana patut mula dulu? Itu sebab kami bagi free consultation — kami akan cadangkan berdasarkan business kau, bukan jual semua sekali.

DesignOutsourced tu apa, beza dengan retainer marketing?

DesignOutsourced adalah design subscription berasingan — unlimited request dan revision untuk keperluan design harian macam social media graphics, packaging, company profile, sampai brand identity dan motion/video, dengan bayaran flat bulanan (tiada hiring, tiada freelancer roulette). Ia boleh berdiri sendiri, atau digabung dengan retainer marketing kalau kau perlukan strategy dan execution sekali. Tengok plan DesignOutsourced untuk detail penuh.

02

Pricing & Kontrak

Berapa kos guna Lesgo Media?

Untuk retainer marketing: Starter dari RM3,000/bulan (satu channel — SEO atau paid ads), Growth dari RM8,000/bulan (SEO + paid ads + social, multi-channel fully managed), dan Scale dari RM15,000/bulan (full-funnel growth team dengan outsourced CMO). Untuk DesignOutsourced: Basic RM1,899/bulan, Advanced RM2,799/bulan, Premium RM4,999/bulan. Semua harga dan apa yang termasuk boleh check kat page pricing kami.

Ada kontrak minimum ke boleh berhenti bila-bila?

Kami percaya kena earn kepercayaan kau setiap bulan, bukan kunci kau dengan kontrak panjang. Kalau ada channel yang tak berkesan, kami akan bagitahu terus dan stop spend — walaupun itu bermakna kurang duit through kami. Untuk term spesifik ikut plan kau pilih, ini akan dibincang semasa free consultation.

Bajet ads (Facebook, Google, TikTok) termasuk dalam fee bulanan ke?

Tidak. Untuk retainer marketing, bajet ads (media spend ke Meta, Google, TikTok) dibilkan berasingan (pass-through) daripada management fee kami. Fee bulanan yang kau bayar adalah untuk strategy, setup, pengurusan campaign dan reporting — bukan untuk duit yang pergi terus ke platform ads.

03

Proses Kerja & Hasil

Macam mana proses kerja Lesgo Media?

Kami run empat fasa setiap bulan: Discover (faham business, goal dan cabaran kau), Strategy (audit apa yang ada, bina plan yang jelas), Execute (content, ads dan SEO bergerak serentak), dan Report (nombor sebenar setiap bulan, adjust ikut data). Tiada “set and forget” — strategy sentiasa disesuaikan ikut apa yang jadi.

Berapa lama nak nampak hasil?

Bergantung pada channel. Paid ads biasanya nampak signal awal dalam 2 hingga 4 minggu (data cukup untuk optimize). SEO ambil masa lebih lama — biasanya 3 hingga 6 bulan untuk momentum sebenar, ikut tahap competition keyword. Kami tak janji hasil dalam “30 hari” sebab itu tak realistik untuk kebanyakan industri — kami lebih suka bagi timeline jujur daripada janji kosong.

Macam mana reporting — berapa kerap kami dapat laporan?

Bergantung pada plan. Plan Starter dan Growth dapat laporan bulanan berserta review call. Plan Scale (full-funnel) dapat reporting mingguan sebab skop kerja lebih luas dan bergerak lebih pantas. Semua laporan guna nombor sebenar — traffic, ranking, lead, ROAS — bukan metrik vanity macam “impressions” je.

Saya deal dengan siapa — account manager je ke orang yang betul-betul buat kerja?

Kau kerja terus dengan orang yang run campaign kau — bukan account manager yang relay mesej antara kau dengan “orang belakang tabir”. Team kami kecil sengaja supaya setiap client dapat perhatian sebenar, bukan jadi satu daripada 50 akaun yang di-manage oleh junior. Baca lebih lanjut pasal cara kami kerja kat page About.

04

Mula & Lokasi

Servis kawasan mana — KL sahaja ke seluruh Malaysia?

Kami based di Kuala Lumpur tapi servis SME di seluruh Malaysia, bukan KL sahaja. Kerja marketing digital ni tak perlukan kau berada dekat dengan office kami — komunikasi jalan online dan call.

Macam mana nak mula?

Book free consultation — kami akan tanya pasal business, goal dan bajet kau, dan cadangkan channel mana yang paling masuk akal untuk mula. Tiada slide 40 muka surat, tiada obligasi untuk sign terus.

Masih ada soalan?

Book free consultation — kami reply dalam satu hari bekerja, tiada obligasi.

Book free consultation